Anonymous


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya

Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Anonymous
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?

  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?

  3. Cerita sedikit tentang diri anda.

  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?

  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?

  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?

  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?

  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.

  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?

  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?

  11. Mengapakah patut kami memilih anda?

  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.

  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.

  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?

  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.

  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.

  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?

  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?

  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)

  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.

  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?

  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?

  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?

  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?

  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?

  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?

  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?

  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?

  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?

  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Anonymous

PADA HARI TEMUDUGA:

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 – 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.

  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.

  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.

  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

  16. Cuba kembangkan jawapan “ya” atau “tidak” anda dengan sebab musabab yang munasabah.

  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.

  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.

  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, “I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan”. Ataupun “You taulah, problem ini begitu complicated”. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.

  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

Anonymous

Sesi temuduga merupakan proses terpenting untuk memohon kerja kerana masa ni la majikan akan menilai potensi dan kebolehan setiap calon yang memohon pekerjaan.... Haaaa time ni la setiap calon nak promosikan diri supaya jawatan yang ditawarkan menjadi miliknya.

TIP-TIP UNTUK CALON

1. Elakkan resume yang terlalu panjang...(boh yang penting ja).

2. Calon perlu menepati masa, etika berpakaian (sopan), penampilan dan kekemasan ketika temuduga.

3. berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan.

4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.

5. Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar, tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikiran secara positif.

6. Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.

7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian pada sikap negatif penemuduga, sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.

8. Kekalkan sikap sopan santun sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar.

9. Buatlah persdediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.

10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif.

///AuToPsY///
Anonymous
Assalamualaikum..

Hai semua yang sedang sibuk bekerja, dalam korang sibuk bekerja dan menunaikan ibadah puasa ni, aku nak bagi sedikit pesanan..

Bila terfikir tentang isu H1N1 ini, aku tidak nyenyak tidur dan memang tidak dapat tidur.
H1N1 ini akan membunuh begitu ramai umat Islam sebaik sahaja ramadhan menjelma dan kemuncaknya ialah selepas 1 syawal nanti.
Fikirkan begini...
Sebaik sahaja ramadhan menjelma, jutaan umat Islam di Malaysia akan berkumpul di bazar ramadhan setiap petang, BERAPA RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG?, jawab sendiri. Situasi ini akan menggalakkan penularan H1N1 dengan lebih pantas dikalangan umat Islam.
Lebih parah jika ini tidak diambil serius oleh kementerian kesihatan...FIKIRKAN...
Jutaan umat Islam akan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.
Masa terbaik untuk H1N1 merebak ialah ketika di:-
1. Hentian Puduraya, Duta dan Putera (bayangkan berapa juta penumpang bas ketika itu)
2. Hentian di lebuh raya seperti PLUS (Fikirkan khalayak di setiap hentian)

BAHAYAnya ialah...setiap seorang yang dijangkiti akan menyebarkan kepada seluruh isi rumah, jiran, dan rakan sekampung. Mengapa....Amalan bermaafan dihari raya yang akan mempercepatkan proses ini. bagi lelaki bersalaman tanpa alas dengan semua orang tanpa sebarang syak wasangka...maklumlah lama tak jumpa. kaum perempuan akan memeluk dan melagakan pipi, lagi cepat virus merebak. BAYANGKAN berapa ramai yang bakal dijangkiti?...puluhan juta berpotensi menerima kesan ini.

Atas alasan inilah aku merasakan H1N1 akan MAMPU melumpuhkan umat Islam di Malaysia dan di dunia sebaik sahaja selepas Aidilfitri. Setiap seorang yang disuspek H1N1, diberi cuti 3 hari hingga 7 hari. Bukan sahaja ekonomi umat Islam lumpuh, negara boleh lumpuh.

KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU MEWAR-WARKAN PERKARA INI DAN JELASKAN LANGKAH SELAMAT KETIKA MUSIM PERAYAAN.

Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga sewajarnya. aku sendiri sudah merancang untuk menyambut Aidilfitri kali dalam suasana yang meriah namun cara yang lebih selamat.

"Selamat Pulang Beraya dengan selamatnya"

///AuToPsY///

Ecah

dalam kita menjalani ibadah puasa tahun, banyak benda yang perlu kita ambil kira :
  1. jagalah kesihatan kerana pelbagai wabak sedang berlegar-legar disekeliling kita terutamanya wabak H1N1, jadi pakailah penutup hidung kalau nak keluar rumah apatah lagi kalau nak pergi bazar Ramadhan
  2. di bazar RAmadhan plak, pilihlah makanan yang bersih dan meyakinkan. Lagi elok kalau makan sahur dan berbuka di rumah dan di masak sendiri, kerana kita lebih tahu tentang tehap kebersihannya.
  3. masa nak masak, dalam pilih ingredient plak, perhatikan betul2 label pada bungkusan, halalkah sumberya? atau yang lebih tepat lagi ada cop halal daripada JAKIM x?
  4. bila dah masak, masuk waktu berbuka mulakan dengan tamar yang lebih afdhal dan makanlah dengan tertib tanpa gelojoh dan rasa tamak. jangan pulak bila azan berkumandang kita pun sibuk menyalakan puntung rokok, bahaya...bahaya...
  5. selesai makan, jangan lupa alpa tentang solat. Jangan pulak mengejar tarawikh tapi tertinggal maghrib sbb asyik makan je...
"Selamat Berpuasa"
Anonymous

Salam kemerdekaan buat sahabat semua, sempena hari kemerdekaan negara yang ke-52 ini, marilah kita sama2 menghayati erti kemerdekaan ini. bersyukur kita kepada ilahi kerana dengan titik peluh nenek moyang kita terdahulu, dapat kita merasai nikmat hidup sebagai sebuah negara dan bangsa yang merdeka. setelah beratus tahun kita dijajah, kita perlu ingat kemerdekaan ini tidak mustahil akan berakhir dengan keadaan negara yang bergolak pada hari ini. oleh itu kita sebagai mahasiswa dan generasi muda haruslah berusaha agar kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini dapat dinikmati oleh anak cucu kita pada masa akan datang. buat sahabat2 yang sudah bekerja, bekerjalah dengan seikhlas hati kamu. kepada yang masih mencari pekerjaan, insyaallah rezeki itu ada di mana2...sempena hari kemerdekaan ini, marilah kita sama2 menghayati lagu ini..

WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,

Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.
Melayukan gagah dinusantara.

Anonymous
Anonymous
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA INGIN MEMOHON MAAF di atas segala kesalahan,
baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja ,
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Ecah
alhamdulillah...
sorang lagi kawan kita akan bertukar status hari ni (21 Jun 2009).
beliau ialah saudari Rosnah atau lebih dikenali sebagai kak Onah.
beliau yang berasal dari Pahang talah pun ertemu jodoh dengan Saudara Faizal yang juga berasal daripada Pahang.
So, lepas ni dorg kompem akan tukar status menjadi Encik Faizal dan Puan Rosnah...hehe
atau mungkin x lama lagi bertukar skali lg menjadi ummi dan abi..hahaha...lets wait n c. yar...

apa2 pun sy bg mewakili pihak admin dan seluruh warga 3L ingin mengucapkan "selamat pengantin baru" kepada K.Onah. Semoga bahagia hingga ke anak cucu...
Ecah

MySpace
MySpace
MySpace



MySpace

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,

seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,

tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus


Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

pej@l




TERKENANG SEBUAH MEMORI LALU

KISAH PERSAHABATAN KITA BERSAMA
DI DALAM SATU PENGAJIAN
MENUNTUT ILMU DAN PENGALAMAN
MENGINGATKANKU PENGORBANANMU
TERPAHAT PADU DIKALBUKU
BERSAMA RAKAN, TAULAN DAN GURU TAWA RIANGMU MENGHIBURKAN HATIKU
INDAHNYA SUASANA KETIKA ITU
TERJALIN UKHWAH SEJATI
NASIHATMU SUNGGUH BERMAKNA BAGIKU
MENGENALKANKU ERTI KEHIDUPAN
SUSAH PAYAH KITA HADAPI BERSAMA
ITULAH ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN
YA TUHANKU TABAHKAN HATINYA
KUATKAN SEMANGATNYA
UNTUK MENGHADAPI HIDUP
LIMPAHKANLAH MAGHFIRAH DAN KASIH SAYANGMU
AGAR HIDUPNYA SEJAHTERA DI DUNIA AKHIRAT
pej@l

Ok ni masa aku nak membebel jap plak,,hehe..Hai kwn2 semua. Mungkin korang semua dah rehat2 membesarkan badan kat umah. opss aku ckp bsrkn bdn jgn ada yg terasa plak..haha..Aku still kat ukm lagi dalam proses menyelesaikan tesis yang xciap2 lagi nih. Bukan susah tp aku ni mls byk daripada rajin, tu yang xciap2 lg. Nak wat mcm mane kan darah yang mengalir kat badan aku ni terlebih darah M dari darah R. dah g jumpa doctor pun doctor xleh wat ape2. ukm semakin sunyi, kawan2 plak sorang demi sorang balik umah. Bukan balik untuk sementara, tapi untuk sampai bila2, tak tau lagi bila berjumpa.

3 tahun kita sama-sama duduk dalam satu modul yang sama, belajar subjek yang sama, pensyarah yang sama, kelas yang sama, fakulti yang sama, universiti yang sama, meninggalkan 1001 satu kenangan yang xmungkin dapat dilupakan. Sedar xsedar semuanya tu tak mungkin dapat kita hadapi lagi bersama-sama. Mungkin kita semua akan bersua lagi dalam keadaan berbeza, masa yang berbeza, suasana berbeza, perangai yang berbeza, saiz badan yang berbeza, pekerjaan yang berbeza, personality yang berbeza, tempat yang berbeza dan semua perbezaan itu diharapkan tidak mengubah keakraban hubungan kita yang yang aku anggap sebagai satu family.

Sepanjang kite bersama dan tak bersama aku mtk maaf silap salah, terkasar bahasa ke, terlanjur kata ke, terngumpat ke, terkutuk ke, terpinjam ke, terpakai ke, termakan ke, terminum ke, dan semuaye mtk maaf n mtk halalkan dunia akhirat,, Yang penting korang semua memang best, semga kite berjumpa lg,,wasalam

from : pej@l



3_L
assalamualaikum wbt..

hye sumer knk2 riang....
aku kt sabah lg ni, tp miss korg sumer...

esk aku blk...
spe je de lg kt ukm tu ea???

spe miss aku angkat tgn...hehe

from,
ecah the cute...=>
myram
salam semua dak2 nakal...hari esk aku dh balik umah...sedihnye nk tinggalkn ukm ni...apa lagi dak2 nakal semua...aku nk mntak maaf la klau ade salah silap sepanjang persahabatan kita semua..

insyaalah nnti konvo kita jumpa k...dah dpt keje nnti roger2 la ngan aku...klau nk kawin pun roger2 la jugak ye..jgn la lupa kat aku...nnti x meriah majlis korang tnpa aku..hehehe..

k smpai sini je la..aku ni x pandai nk tulis ayat yg bermadah2...jgn lupa aku tau..ingat aku dalam doa korang..sirrualabarakatillah,ila liqa' maa salamah.

salam sayang..
by:mayram ahmad
Anonymous

Langit hitam berbenang merah bersulam darah
Halilintar bergetar menebarkan tebaran getar
Lautan berbingkai bangkai melukis mati
Bumi berajah api membakar hati
Hutan berimba cahaya menyilaukan rasa
Semesta berbicara berakhirlah dunia

Halilintar menyambar melontarkan kabar berlontar mati
Darah melambai-lambai di atas periuk berduri
Jiwa berumbai-rumbai dalam dekapan mimpi
Rongga api di hentakan ke dasar bumi

Kepapakan gagak berapi suci
Meniadakan nafas yang telah pergi

Sinar seperti bayangan bulan mengelegar membuka pintu kematian
Sayatan pedang berduri tajam di tarik pelan
Nafas telah panas sudah saatnya pergi
Kembali kedaLam pusaran cahaya remang
Selamat jalan


Oleh :AuToPsY
Anonymous
BY: zackautopsy

Sedih lak bila aku teringatkan kawan2 sekelas aku ni...yelah, walaupun aku jarang bersama mereka, tapi dh 3 tahun aku kelas ngn mereka semua..macam2 dh aku alami selama 3 tahun ni...mgkin ada yang beranggapan aku ni sombong sbb aku ni x lah peramah mcm kawan2 aku yg lain...tapi sbnrnya aku x lah sombong, cuma kdg2 aku rasa segan skit lah..yelah, aku akui mybe dlm kelas tu, aku r paling bermasalah, asyik ponteng je...huhu..mybe ada yg x suka ngn sikap aku...

to all my beloved friends, di kesempatan ini aku nk ucapkan tahniah kt korg semua kerana bakal grad x lama lg...Tahniah korg suma...n aku mntk maaf sbb x penah join program korg wat...em, ada lah sbb2 tertentu...tapi insyaallah, klu korg wt reunion, jemput2 lah, insyaallah aku akn dtg..to mereka2 yg bnyak bantu aku selama 3 tahun ni, aku ucapakn bebanyak terima kasih lah...mybe pasni aku kene berdiri atas kaki sendiri r plak bila tggal sorg2 ni..

Nampaknya satu sem lagi lah aku kena ada kt UKM ni..tapi xpe, insyaallah nnti aku akn bersama korg juga.. bezanya korg melangkah dahulu...sekali lagi, aku doakan korg suma berjaya dalam apa juga bidang yg korg ceburi..Tahniah sekali lagi atas kejayaan korg...TAHNIAH...igt daku dalam doamu....wah...hehehe...bye2



Ikhlas dari,
zackautopsy
3_L


blok dh makin sunyi..tp aku still x blk lg...bkn saje xnk blk tp ntah la..lepak dlu la..sbnrnye rse berat gak nk tglkn ukm ni...lps ni klu blk kompom ssh lak nk dtg cni..bkn aku je yg tgl..ade lg membe2 len yg x blk...smlm ppr aku yg t'akhir di ukm n buat mse ni x bcadang pn nk smbung lg...hehe..

rse kejap lak kt cni..sblm ppr last kmarin mmg x sabar gler nk tgu 1 ppr 2 pn...sdr x sdr da shari dh xm abes..huhu..spnjang di ukm ni mcm2 p'kara yg aku dpt, mcm2 bnde baru yg aku blaja n sume 2 la yg buat aku jd smakin mtg..matang ke??haha

wk2 1st msuk cni dlu nk kata aku ni jnis pendiam 2 x jgk tp x brapa brani sgt nk bcakap klu dpn org rmai...klu dpn org ramai ntah ape2 yg aku merapu aku pn x tau..mmg abes 1 bdn menggeletar nk abeskn sepatah ayat pn..haha!!mmg x konfiden lgsg nk bcakap time 2...

pstu aku mula join dlm organisasi2 yg ade kt klj n wt xtvt2 dlm ukm ni...mmg dtg cni tujuan nk blajar pn..sume org pn tahu..tp mnde lain x smstinya kite wt x tahu je...Bile dh join program2 yg ade 2 la konfiden 2 dgn sndirinye die dtg sikit demi sdikit..aku x kisah la dpt ckit2 pn yg pnting aku puas n ade something yg aku rse bguna bile aku dh kuar nti..

kt ukm ni jugak la aku jmpe mcm2 jenis org n mcm2 jnis perangai n glagat ade...stiap org 2 dgn die pnye karater msg2..aku x kisah sume 2 jnji x ganggu ketenteraman awam aku sudey..kdg2 2 bile kite tgk org 2 pelik perangai die kite xleh trs nk nilai ikut suke ati kite je..x smstinye org yg pelik 2 perangai die truk..slagi kite x btol2 kenal x payahlah nk nilai2 org..yg pnting kite tgk diri kite sndiri dlu sblm tgk org laen...

Mmbe2 aku kt klj rmi gak yg aku knl..mse dok asrama dlu leh kate hmpir 1 asrama 2 aku knl... mmg meriah gler time 2..ade je xtvt yg leh wt klu bosan 2...mmg x pnh sunyi la org kate..tp wk2 fnl yr lak aku kne pndh ke flatlet sbb asrama laki diorg nk upgrade cket..so, bermulalah idup br di flatlet..kdg2 2 ade gak rse mcm kt penjara...msing2 dgn hal msing2..klu mmbe 1 blok 2 bley gagah la rpt ngn diorg sbb hari2 jmpe..klu blok len??...haruslah jrg pegi n kdg2 2 smpai x tahu blk diorg kt mne..

yg td psl membe kt klj...klu kt fak lak aku mula2 rpt ngn dak2 laki modul aku je n membe2 skolah lme..dak2 pmpuan bknnye x knl lgsg tp jrg tgur sbb blum btol2 knl..bile dh fnl yr br kami sume makin rpt...yg x pnh bcakap pn da smakin advance..siap bley bahan org laen lg..hehe..modul kite mmg modul plg best n x mnyesal aku pilih modul p'bndingan ni n dpt kwn yg baek2 mcm korg sume...aku rse mcm br skejap je mula rpt ngn korg sume n tibe-tibe je da nk bpisah...lps ni sume dgn hala tuju masing2..p'jalanan msih jauh n ape2 pn aku harap kite sume bjaye x kira dlm ape jua bdg pkrjaan yg kite ceburi...last skali aku harap smoga psahabatan kite sntiasa bterusan n x tputus mcm 2 je...Aminn...
3_L
assalamualaikum semua.

ketika n3 ini di paparkan mungkin ramai antara kita yang dah pulang bercuti ke kampung. di sini admin ingin membuat perkhabaran baik kepada semua. pihak admin telah meng'invite' anda semua sebagai penulis dalam blog ini. untuk menyumbang, anda perlu mengikut langkah2 berikut :
  1. sign up akaun google. anda boleh menggunakan email yang sama seperti yahoo dsb., cuma tukar passwordnya. https://www.google.com/accounts/NewAccount
  2. cek peti masuk email anda. pastikan anda mendapat jemputan dari admin 3_L.
  3. klik link yang diberikan.
  4. sign in dengan menggunakan akaun google anda. (lebih baik jika anda mempunyai blog sendiri)
  5. klik pada posting dan mula menyumbang....
mudah kan.... jadi..apa lagi.... mari meriahkan laman blog kita ni....
3_L
berdasarkan daya kreativiti dan kebijaksanaan serta daya imaginasi anda, cuba reka sebuah karangan pendek daripada gambar ini. hehehe
3_L
Tengah malam tadi, admin telah digegarkan oleh ketua kelas kita iaitu Incik Gapo yang meminta agar amanatnya dipaparkan dalam blog 'comel' ini. Maka, dalam kesunyian malam dan keasyikan menghafal kaedah2 fiqh, hati admin tetap terpanggil untuk meluangkan masa mengupload amanat beliau yang disampaikan dalam bentuk puisi. Terimalah.....

TEMAN DAN HARAPAN

Teman,
Engkaulah yang banyak memberi harapan,
Ketika aku dalam kegelapan,
Memberi aku sejuta sinaran.......

Teman,
Akan aku ingati selalu,
Jasa yang engkau curahkan dulu
Membimbing aku jadi orang yang berilmu.....

Teman,
Akan aku kenang dalam doaku,
Jasamu tersemat di dadaku,
Akan aku kenang selalu,
Kalau kahwin jangan lupa jemputku,
InsyaAllah, jika ada masa, kehulu pun aku tuju......
3_L
assalamualaikum.

satu Jamuan Khas yang belum diberi nama akan diadakan khas untuk Comparative Law Students 06-09 seperti berikut :

tarikh : 4 Mei 2009 Masa : (akan diberitahu kelak)

setiap orang dikehendaki untuk membawa seunit hadiah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • tidak kurang daripada RM5
  • sesuai untuk lelaki dan perempuan
  • munasabah utk dijadikan kenang-kenangan
  • hadiah yang mempunyai nilai2 estetika sehingga org yg menerimanya terharu adalah digalakkan ( tambah je ni...he3)
sebarang maklumat lanjut, akan diberitahu dari masa ke semasa.
sekadar gambar hiasan.


Selamat meneruskan sisa2 waktu di UKM!!!!

p/s : n3 ini ditulis oleh admin tanpa memakai cermin mata beliau kerana ianya gagal dikesan buat masa ini. admin telah berusaha mengurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa. sekian, harap maklum. (ewah...)
3_L
19 April 2009

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Ini adalah n3 yang pertama untuk blog kita ni. Sempena exam yang akan bermula esok, pihak admin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 modul undang2 perbandingan. Ingat, ini adalah exam untuk degree kita yang terakhir, so buatlah yang sehabis baik.Kepada sahabat2 anda di alu2kn untuk meninggalkan 'jejak' dalam ruangan komen atau dlm chat box. Sekiranya ada n3 menarik yang ingin di war2kn boleh email kepada admin di ainulanique_nh86@yahoo.com.

Selamat Berperiksa!!!
3_L
welcome to the world of ours!!!

Our Soulz..