Ecah
Salam Takziah buat saudara Abdul Ghafar dan seluruh keluarganya ats pemergian ayah beliau, Allahyarham Abdul Ghani...Al-Fatihah
Anonymous


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya

Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Anonymous
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?

  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?

  3. Cerita sedikit tentang diri anda.

  4. Apakah yang dapat memotivasikan anda?

  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?

  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?

  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?

  8. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.

  9. Apakah kelemahan-kelemahan anda?

  10. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?

  11. Mengapakah patut kami memilih anda?

  12. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.

  13. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.

  14. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?

  15. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.

  16. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.

  17. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?

  18. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?

  19. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)

  20. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.

  21. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?

  22. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?

  23. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?

  24. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?

  25. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?

  26. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?

  27. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?

  28. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?

  29. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?

  30. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.

Anonymous

PADA HARI TEMUDUGA:

  1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

  2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

  3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

  4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

  5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 – 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

  6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA:

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.

  3. Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

  4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.

  5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

  6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

  7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

  8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

  10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

  11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

  12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

  13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.

  14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.

  15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

  16. Cuba kembangkan jawapan “ya” atau “tidak” anda dengan sebab musabab yang munasabah.

  17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

  18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.

  19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

  20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

  21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

  22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.

  23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, “I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan”. Ataupun “You taulah, problem ini begitu complicated”. Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

  24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.

  25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

  26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Tambahan: Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.

Anonymous

Sesi temuduga merupakan proses terpenting untuk memohon kerja kerana masa ni la majikan akan menilai potensi dan kebolehan setiap calon yang memohon pekerjaan.... Haaaa time ni la setiap calon nak promosikan diri supaya jawatan yang ditawarkan menjadi miliknya.

TIP-TIP UNTUK CALON

1. Elakkan resume yang terlalu panjang...(boh yang penting ja).

2. Calon perlu menepati masa, etika berpakaian (sopan), penampilan dan kekemasan ketika temuduga.

3. berhati-hati mengeluarkan perkataan dan menjawab soalan yang diutarakan.

4. Berfikir sebaik mungkin sebelum membalas percakapan penemuduga.

5. Ketika berhadapan dengan sikap penemuduga yang kasar, tarik nafas dan bersikap tenang serta berfikiran secara positif.

6. Fikirkan bahawa sikap penemuduga tidak mewakili keseluruhan syarikat terbabit.

7. Calon perlu berfikiran terbuka dan tidak memberi perhatian pada sikap negatif penemuduga, sebaliknya menjawab soalan dengan baik dan tonjolkan kebolehan diri.

8. Kekalkan sikap sopan santun sesi temuduga biarpun diasak dengan komen yang kasar.

9. Buatlah persdediaan untuk berhadapan dengan pelbagai jenis sikap penemuduga terutama yang cerewet.

10. Latih diri untuk membina keyakinan diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang situasi negatif.

///AuToPsY///
Anonymous
Assalamualaikum..

Hai semua yang sedang sibuk bekerja, dalam korang sibuk bekerja dan menunaikan ibadah puasa ni, aku nak bagi sedikit pesanan..

Bila terfikir tentang isu H1N1 ini, aku tidak nyenyak tidur dan memang tidak dapat tidur.
H1N1 ini akan membunuh begitu ramai umat Islam sebaik sahaja ramadhan menjelma dan kemuncaknya ialah selepas 1 syawal nanti.
Fikirkan begini...
Sebaik sahaja ramadhan menjelma, jutaan umat Islam di Malaysia akan berkumpul di bazar ramadhan setiap petang, BERAPA RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG?, jawab sendiri. Situasi ini akan menggalakkan penularan H1N1 dengan lebih pantas dikalangan umat Islam.
Lebih parah jika ini tidak diambil serius oleh kementerian kesihatan...FIKIRKAN...
Jutaan umat Islam akan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.
Masa terbaik untuk H1N1 merebak ialah ketika di:-
1. Hentian Puduraya, Duta dan Putera (bayangkan berapa juta penumpang bas ketika itu)
2. Hentian di lebuh raya seperti PLUS (Fikirkan khalayak di setiap hentian)

BAHAYAnya ialah...setiap seorang yang dijangkiti akan menyebarkan kepada seluruh isi rumah, jiran, dan rakan sekampung. Mengapa....Amalan bermaafan dihari raya yang akan mempercepatkan proses ini. bagi lelaki bersalaman tanpa alas dengan semua orang tanpa sebarang syak wasangka...maklumlah lama tak jumpa. kaum perempuan akan memeluk dan melagakan pipi, lagi cepat virus merebak. BAYANGKAN berapa ramai yang bakal dijangkiti?...puluhan juta berpotensi menerima kesan ini.

Atas alasan inilah aku merasakan H1N1 akan MAMPU melumpuhkan umat Islam di Malaysia dan di dunia sebaik sahaja selepas Aidilfitri. Setiap seorang yang disuspek H1N1, diberi cuti 3 hari hingga 7 hari. Bukan sahaja ekonomi umat Islam lumpuh, negara boleh lumpuh.

KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU MEWAR-WARKAN PERKARA INI DAN JELASKAN LANGKAH SELAMAT KETIKA MUSIM PERAYAAN.

Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga sewajarnya. aku sendiri sudah merancang untuk menyambut Aidilfitri kali dalam suasana yang meriah namun cara yang lebih selamat.

"Selamat Pulang Beraya dengan selamatnya"

///AuToPsY///

Ecah

dalam kita menjalani ibadah puasa tahun, banyak benda yang perlu kita ambil kira :
  1. jagalah kesihatan kerana pelbagai wabak sedang berlegar-legar disekeliling kita terutamanya wabak H1N1, jadi pakailah penutup hidung kalau nak keluar rumah apatah lagi kalau nak pergi bazar Ramadhan
  2. di bazar RAmadhan plak, pilihlah makanan yang bersih dan meyakinkan. Lagi elok kalau makan sahur dan berbuka di rumah dan di masak sendiri, kerana kita lebih tahu tentang tehap kebersihannya.
  3. masa nak masak, dalam pilih ingredient plak, perhatikan betul2 label pada bungkusan, halalkah sumberya? atau yang lebih tepat lagi ada cop halal daripada JAKIM x?
  4. bila dah masak, masuk waktu berbuka mulakan dengan tamar yang lebih afdhal dan makanlah dengan tertib tanpa gelojoh dan rasa tamak. jangan pulak bila azan berkumandang kita pun sibuk menyalakan puntung rokok, bahaya...bahaya...
  5. selesai makan, jangan lupa alpa tentang solat. Jangan pulak mengejar tarawikh tapi tertinggal maghrib sbb asyik makan je...
"Selamat Berpuasa"

Our Soulz..