Anonymous

Salam kemerdekaan buat sahabat semua, sempena hari kemerdekaan negara yang ke-52 ini, marilah kita sama2 menghayati erti kemerdekaan ini. bersyukur kita kepada ilahi kerana dengan titik peluh nenek moyang kita terdahulu, dapat kita merasai nikmat hidup sebagai sebuah negara dan bangsa yang merdeka. setelah beratus tahun kita dijajah, kita perlu ingat kemerdekaan ini tidak mustahil akan berakhir dengan keadaan negara yang bergolak pada hari ini. oleh itu kita sebagai mahasiswa dan generasi muda haruslah berusaha agar kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini dapat dinikmati oleh anak cucu kita pada masa akan datang. buat sahabat2 yang sudah bekerja, bekerjalah dengan seikhlas hati kamu. kepada yang masih mencari pekerjaan, insyaallah rezeki itu ada di mana2...sempena hari kemerdekaan ini, marilah kita sama2 menghayati lagu ini..

WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,

Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.
Melayukan gagah dinusantara.

0 Responses

Post a Comment

Our Soulz..