3_L
Tengah malam tadi, admin telah digegarkan oleh ketua kelas kita iaitu Incik Gapo yang meminta agar amanatnya dipaparkan dalam blog 'comel' ini. Maka, dalam kesunyian malam dan keasyikan menghafal kaedah2 fiqh, hati admin tetap terpanggil untuk meluangkan masa mengupload amanat beliau yang disampaikan dalam bentuk puisi. Terimalah.....

TEMAN DAN HARAPAN

Teman,
Engkaulah yang banyak memberi harapan,
Ketika aku dalam kegelapan,
Memberi aku sejuta sinaran.......

Teman,
Akan aku ingati selalu,
Jasa yang engkau curahkan dulu
Membimbing aku jadi orang yang berilmu.....

Teman,
Akan aku kenang dalam doaku,
Jasamu tersemat di dadaku,
Akan aku kenang selalu,
Kalau kahwin jangan lupa jemputku,
InsyaAllah, jika ada masa, kehulu pun aku tuju......
3_L
assalamualaikum.

satu Jamuan Khas yang belum diberi nama akan diadakan khas untuk Comparative Law Students 06-09 seperti berikut :

tarikh : 4 Mei 2009 Masa : (akan diberitahu kelak)

setiap orang dikehendaki untuk membawa seunit hadiah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • tidak kurang daripada RM5
  • sesuai untuk lelaki dan perempuan
  • munasabah utk dijadikan kenang-kenangan
  • hadiah yang mempunyai nilai2 estetika sehingga org yg menerimanya terharu adalah digalakkan ( tambah je ni...he3)
sebarang maklumat lanjut, akan diberitahu dari masa ke semasa.
sekadar gambar hiasan.


Selamat meneruskan sisa2 waktu di UKM!!!!

p/s : n3 ini ditulis oleh admin tanpa memakai cermin mata beliau kerana ianya gagal dikesan buat masa ini. admin telah berusaha mengurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa. sekian, harap maklum. (ewah...)
3_L
19 April 2009

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Ini adalah n3 yang pertama untuk blog kita ni. Sempena exam yang akan bermula esok, pihak admin ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 modul undang2 perbandingan. Ingat, ini adalah exam untuk degree kita yang terakhir, so buatlah yang sehabis baik.Kepada sahabat2 anda di alu2kn untuk meninggalkan 'jejak' dalam ruangan komen atau dlm chat box. Sekiranya ada n3 menarik yang ingin di war2kn boleh email kepada admin di ainulanique_nh86@yahoo.com.

Selamat Berperiksa!!!
3_L
welcome to the world of ours!!!

Our Soulz..